Cari:
China, ASEAN Rakan Kongsi Penting
2017-11-13 13:14:51 CRI Cetak

Hubungan dengan China merupakan yang paling dinamik dan bervariasi antara ASEAN dengan rakan-rakan dialognya. Kerjasama kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang mencapai hasil memberangsangkan.

Demikian dinyatakan oleh Duta Besar China ke ASEAN, Xu Bu berhubung Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 dan persidangan kerjasama Asia Timur yang dirasmikan di Manila, Filipina pada 10 November lalu.

Menurut beliau, ASEAN merupakan rakan kongsi yang diutamakan China dalam pembangunan "Jalur dan Laluan" (B&R).

Kini pembangunan B&R yang melibatkan anggota ASEAN telah membuahkan hasil ketara.

Penyelarasan dasar amat lancar, manakala kesalinghubungan infrastruktur turut dipercepat menerusi beberapa projek mega.

Pada masa yang sama, pelaksanaan perjanjian penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN menggalakkan kerjasama kapasiti pengeluaran yang berteraskan taman perindustrian.

Dalam tempoh persidangan di Manila, Perdana Menteri China, Li Keqiang akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-China (10+1) ke-20.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China