Cari:
Sidang APEC Berhasil
2017-11-13 13:16:22 CRI Cetak

Sidang tidak rasmi pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-25 telah meluluskan perisytiharan penting yang menjadi panduan bagi pembangunan rantau ini.

Ketua Pengarah Jabatan Ekonomi Antarabangsa, Kementerian Luar China, Zhang Jun dalam taklimat media kelmarin menyifatkan sidang ini amat berhasil.

Dalam sidang tersebut, Presiden China, Xi Jinping telah mengemukakan saranan mengenai beberapa isu penting termasuk usaha menggalakkan keterbukaan ekonomi, pembangunan inovatif, saling hubung dan inklusif, ikatan perkongsian serta merangka visi pembangunan Asia Pasifik.

Hasil perbincangan Xi dengan para pemimpin lain, banyak persepakatan dicapai.

Menggalakkan keterbukaan dan kebebasan perdagangan dan pelaburan di Asia Pasifik merupakan misi APEC.

Melalui sidang ini, momentum kerjasama APEC bertambah kukuh.

Pihak-pihak terlibat turut menyatakan hasrat untuk meningkatkan sinergi serta mengutamakan peranan APEC dalam kerjasama ekonomi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China