Majlis sambutan ulang tahun ke-50 penubuhan ASEAN diadakan di Manila semalam, dimeriahkan pemimpin negara-negara ASEAN serta rakan dialognya yang berada di Filipina untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 dan persidangan kerjasama Asia Timur.
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dalam ucapannya menyatakan bahawa sebagai pengerusi bergilir ASEAN tahun ini, Filipina terus menyelaraskan tiga tonggak Komuniti ASEAN, meningkatkan integrasi ekonomi, memupuk identiti bersama dan pada masa yang sama mengekalkan keistimewaan dan kepelbagaian sesama anggota.
Menurut beliau, sejak ditubuhkan, ASEAN telah menjalinkan hubungan bersifat membina dengan rakan-rakan dialog. ASEAN akan terus mengintegrasikan diri dengan dunia.