Cari:
China, Vietnam Ganding Bahu demi Pembangunan Bersama
2017-11-13 11:01:29 CRI Cetak

Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Presiden China, Xi Jinping mengadakan rundingan dengan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nguyen Phu Trong di Hanoi semalam.

Kedua-dua pihak bersepakat untuk mengembangkan lagi persahabatan tradisional antara satu sama lain serta kerjasama strategik komprehensif demi manfaat rakyat.

Xi berkata, China dan Vietnam kini berada dalam tempoh pembaharuan dan pembangunan yang penting, di samping berdepan peluang bersejarah untuk menjana pembangunan negara.

Kedua-dua pihak perlu berganding bahu bagi mewujudkan pembangunan bersama dan menambah baik kesejahteraan rakyat.

Nguyen Phu Trong pula berkata, Vietnam bersedia memperkasakan perkongsian strategik komprehensif dengan China dan bekerjasama untuk menggalakkan kedamaian dan kemakmuran serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China