Cari:
PM China Tiba di Filipina
2017-11-13 11:09:23 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang tiba di Manila petang semalam untuk menghadiri persidangan kerjasama Asia Timur dan mengadakan lawatan rasmi ke Filipina.

Agenda Li termasuk Sidang Kemuncak ASEAN-China (10+1) ke-20, Sidang Kemuncak ASEAN-China, Jepun dan Korea Selatan (10+3) ke-20 serta Sidang Kemuncak Asia Timur ke-12.

Li menyatakan bahawa kerjasama dan pembangunan serantau yang mampan menyumbang kepada ekonomi global.

China bersedia bersatu padu dan bekerjasama dengan ASEAN untuk menubuhkan komuniti berkongsi kepentingan dan komuniti berkongsi nasib yang lebih kukuh.

Menyentuh hubungan China-Filipina, Li berkata perkembangan yang sihat dan stabil selaras dengan kepentingan rakyat kedua-dua negara dan seluruh rantau.

China bersedia terus meneroka kerjasama dengan Filipina bagi memperkukuh persahabatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China