Lawatan Perdana Menteri China, Li Keqiang ke Filipina signifikan dan dipercayai akan memperkukuh keyakinan semua pihak terlibat untuk menubuhkan komuniti berkongsi nasib China-ASEAN.
Demikian dinyatakan pengulas politik terkenal Filipina, Herman Laurel dalam temu bual bersama CRI baru-baru ini.
PM Li akan memberi saranan baharu bagi memperkasakan kerjasama pragmatik serantau melibatkan kesalinghubungan, keselamatan makanan, pembasmian kemiskinan, pelancongan dan antirasuah semasa menghadiri persidangan kerjasama Asia Timur di Filipina.
Pada pandangan Laurel, saranan tersebut yang dapat memenuhi keperluan pelbagai negara, akan membawa manfaat kepada Filipina dan seluruh ASEAN.