Cari:
Li Seru EAEC Dipercepat
2017-11-15 14:02:31 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang menegaskan pentingnya Komuniti Ekonomi Asia Timur (EAEC) dibina menepati tujuan asalnya, iaitu menggalakkan integrasi ekonomi serantau serta mewujudkan pembangunan bersepadu dan bersama.

Dalam Sidang Kemuncak ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan (10+3) ke-20 di Manila semalam, Li menyatakan bahawa pembinaan EAEC, antara matlamat strategik kerjasama 10+3, perlu dipercepat.

Dua prinsip perlu dipegang, iaitu mengekalkan kedudukan utama ASEAN serta "model ASEAN" yang berteraskan konsensus dicapai melalui rundingan, terbuka, inklusif dan sesuai dengan semua.

Di samping itu, kerjasama 10+3 harus diutamakan, dengan dilengkapi kerjasama subkawasan termasuk China-Jepun-Korea Selatan, Lancang-Mekong (LMC) dan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur (BIMP-EAGA), bagi membolehkan pembinaan EAEC kekal sihat, stabil dan lestari.

Para pemimpin menyatakan kesediaan mengambil peluang ulang tahun ke-20 mekanisme 10+3 merangka pelan jangka panjang untuk menggalakkan pembinaan EAEC.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe menyatakan bahawa semua pihak perlu meningkatkan kerjasama kewangan, khususnya di bawah Inisiatif Pelbagai Hala Chiang Mai (CMIM) bagi mengatasi amalan perlindungan perdagangan dan gelombang antiglobalisasi demi kestabilan ekonomi serantau.

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in pula menyatakan bahawa mekanisme 10+3 yang merupakan respons kepada krisis kewangan Asia pada 1997, memperlihatkan perpaduan dan semangat bekerjasama serantau. Mekanisme ini perlu terus dinaiktarafkan agar kekal relevan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China