Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 dan siri persidangan kerjasama Asia Timur di Manila berakhir semalam.
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dalam majlis penutupan berkata, pihaknya berbesar hati dapat menjadi pengerusi bergilir bertepatan ulang tahun ke-50 penubuhan ASEAN.
ASEAN perlu terus berusaha mewujudkan komuniti, mengekalkan kedudukan utama dan menjayakan kesalinghubungan.
Singapura pengerusi bergilir ASEAN tahun depan.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong berkata, "pemerkasaan dan inovasi" akan dijadikan tumpuan bagi memastikan ASEAN kekal sebagai penggerak tatkala berdepan cabaran dan peluang.
Sidang Kemuncak ASEAN disusuli Sidang Kemuncak ASEAN-China (10+1) ke-20, Sidang Kemuncak ASEAN-China, Jepun dan Korea Selatan (10+3) ke-20 serta Sidang Kemuncak Asia Timur ke-12.