Cari:
Li, Duterte Temu Pemberita
2017-11-15 22:44:55 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang dan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte bersama-sama bertemu dengan pemberita selepas rundingan empat mata petang tadi.

Li menyatakan bahawa China dan Filipina adalah jiran dekat yang sudah sekian lama menjalin ikatan pesahabatan. Kini, hubungan kedua-dua negara semakin pulih selepas mengatasi kesukaran. Momentum ini perlu diperkukuh demi perkembangan berterusan hubungan bilateral dan kerjasama.

Tegas beliau, sebagai negara membangun, China dan Filipina menggalas tanggungjawab untuk memajukan ekonomi dan menambah baik kesejahteraan rakyat. China bersedia menyelaraskan strategi pembangunan dengan Filipina, menyertai projek infrastruktur mega tempatan, serta membincangkan rancangan kerjasama bagi tempoh lima hingga sepuluh tahun mendatang.

Duterte pula menyatakan bahawa lawatan rasmi PM Li ke Filipina mencerminkan perkembangan penting hubungan Filipina-China. Beliau mengucapkan terima kasih atas sokongan China terhadap pembangunan Filipina dan penganjuran persidangan kerjasama Asia Timur. Filipina bersedia memperkasakan pertukaran dan kerjasama pragmatik dengan China demi manfaat bersama, sekali gus menyumbang kepada kestabilan dan pembangunan serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China