Cari:
China Promosi Teknologi HSR di Singapura
2017-11-18 15:51:33 CRI Cetak

Seminar Teknologi Kereta Api Laju (HSR) China-Singapura diadakan di Singapura semalam.

Dalam seminar itu, pihak China telah memperkenalkan proses pembangunan HSR di China serta kemampuan China dalam bidang tersebut.

Naib Pengerusi Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara (NDRC) China, Ning Jizhe dan Menteri Koordinator Infrastruktur Singapura yang juga Menteri Pengangkutan, Khaw Boon Wan menghadiri seminar tersebut.

Ning Jizhe juga menemani Khaw Boon Wan dan para peserta lain untuk mengunjungi pameran HSR China.

Kata Ning, HSR China mempunyai keunggulan dari pelbagai aspek terutamanya teknologi, ciri-ciri keselamatan, kos dan keserasian.

Teknologi dan pengalaman China dalam bidangan tersebut amat membantu bagi menjayakan projek HSR Singapura-Malaysia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China