Cari:
Syarikat Biro 7 Sinohydro Giat Terlibat dalam Pembinaan Prasarana Malaysia
2017-11-20 17:09:36 CRI Cetak

Kontrak bagi pembinaan terowong saliran projek loji hidro elektrik Baleh telah ditandatangani di Kuching, Sarawak baru-baru ini. Ini kontrak ke-22 Syarikat Biro 7 Sinohydro China setelah syarikat berkenaan mengembangkan usahanya ke Malaysia.

Sejak projek pertama dimulakan 15 tahun dahulu, Syarikat Biro 7 Sinohydro telah menandatangani 22 kontrak yang bernilai RM6.6 bilion. Setakat ini, 18 buah projek telah dijalankan yang meliputi tali air, tenaga, kemudahan bandar, jalan dan jambatan, pembinaan kilang dan rumah kediaman, dan lain-lain.

( Universiti Xiamen cawangan Malaysia)

Antara projek yang dijalankan oleh Syarikat Biro 7 Sinohydro termasuklah Universiti Xiamen cawangan Malaysia, pembinaan Melaka Gateway, loji hidroelektrik Bakon dan lain-lain.

Syarikat Biro 7 Sinohydro telah menunjukkan "kepesatan China" dalam pembinaan pelbagai projek di Malaysia dan terus mengembangkan usahanya di luar negara.

(loji hidroelektrik Bakon )

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China