Cari:
China Sokong Proses Damai Myanmar
2017-11-20 13:13:13 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi dalam sesi bertemu media bersama-sama Penasihat Negara merangkap Menteri Luar Myanmar, Aung San Suu Kyi di Naypyidaw semalam menyatakan bahawa China menyokong proses damai Myanmar.

Wang Yi berkata, China dan Myanmar mempunyai garis sempadan sepanjang lebih 2,000 kilometer, dan merupakan jiran baik yang dihubungkan oleh gunung dan sungai, serta nasib yang dikongsi bersama. Maka, China lebih mahu melihat proses damai Myanmar berjalan lancar.

Pendirian China dalam hal ini amat jelas, iaitu sentiasa menghormati kedaulatan, kemerdekaan dan keutuhan wilayah Myanmar. China berharap kerajaan Myanmar berpegang teguh pada "Semangat Panglong" dan berunding dengan kumpulan etnik bersenjata secara baik sehingga mencapai persepakatan politik di bawah rangka Perlembagaan Persekutuan.

Kata Wang, China bersedia bersama-sama dengan Myanmar untuk mempertingkat komunikasi dan kerjasama melalui mekanisme rundingan antara kementerian luar dan kementerian pertahanan kedua-dua negara, bagi memulihkan situasi di sebelah utara Myanmar dan memelihara kedamaian di kawasan sempadan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China