Cari:
Forum Kerjasama B&R Laos-China Bakal Diadakan
2017-11-20 13:15:55 CRI Cetak

Forum Kerjasama "Jalur dan Laluan" (B&R) Laos-China akan diadakan di Vientiane pada 19 hingga 20 Disember depan.

Forum yang bertujuan menggalakkan penyelarasan strategi pembangunan negara Laos dengan B&R, dianjurkan bersama oleh Agensi Berita Negara Laos, Khaosan Pathet Lao (KPL), Jabatan Maklumat Ekonomi China Agensi Berita Xinhua dan Dewan Perniagaan Cina Laos.

Naib Menteri Penerangan, Budaya dan Pelancongan Laos, Savankhone Razmountry dalam sidang media berkenaan menyatakan keyakinan bahawa forum itu akan memainkan peranan penting untuk menggalakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib antara Laos dan China.

Dimaklumkan, forum tersebut akan membincangkan peluang besar yang dibawa kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang, serta menganalisis pembangunan sosioekonomi Laos dan kerjasama pragmatik kedua-dua negara yang melibatkan B&R.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China