Cari:
Wang Yi Temu Menteri Luar Singapura
2017-11-21 11:28:21 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi telah bertemu dengan rakan sejawatnya dari Singapura, Vivian Balakrishnan ketika menghadiri sidang menteri-menteri luar Asia-Eropah (ASEM FMM) ke-13 di Naypyidaw, Myanmar semalam.

Wang Yi dalam pertemuan tersebut menyatakan bahawa China menyokong Singapura melaksanakan tugasnya selaku pengerusi bergilir ASEAN tahun depan. Pihaknya turut menyanjung tinggi respons positif ASEAN terhadap Visi 2030 Perkongsian Strategik China-ASEAN yang dikemukakan China.

Menurut beliau, visi tersebut adalah dokumen yang menjadi panduan bagi pembangunan hubungan dua hala pada masa depan. Usaha perlu dilakukan untuk menyelaraskan visi tersebut dengan Visi Komuniti ASEAN 2025 dan Agenda 2030 Pembangunan Mampan PBB, selain menyuntik momentum baharu kepada pembangunan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

Wang Yi berkata, China bersedia untuk mendorong rundingan Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan dengan negara-negara ASEAN berdasarkan prinsip saling menghormati dan sama rata.

Vivian Balakrishnan pula menyatakan bahawa Singapura akan memainkan peranannya sebagai pengerusi bergilir ASEAN untuk menggalakkan kerjasama dan perkembangan hubungan kedua-dua pihak. Menurut beliau, ASEAN bersedia terus berusaha bersama-sama dengan China untuk memelihara kestabilan situasi Laut China Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China