Cari:
Gunung Agung, Bali Meletus
2017-11-22 11:33:48 CRI Cetak

Gunung berapi Gunung Agung di Bali, Indonesia meletus pada pukul 5.05 petang semalam dan mengeluarkan asap tebal setinggi 700 meter yang ditiup perlahan-lahan ke arah tenggara.

Menurut laporan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia, aktiviti seismos telah mula dikesan di sekitar Gunung Agung sebelum letusan berlaku.

Asap dan abu yang terus keluar dari gunung itu menandakan kemungkinan berlaku lagi letusan.

Pada masa ini, amaran penerbangan bagi Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai Bali telah ditingkatkan daripada tahap kuning kepada jingga, namun operasi lapangan terbang itu masih berjalan seperti biasa.

Amaran gunung berapi pula pada peringkat ketiga, iaitu tiada aktiviti dibenarkan dalam lingkungan enam kilometer dari mulut Gunung Agung.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China