Cari:
Delegasi Media China Lawat Vietnam
2017-11-22 11:46:11 CRI Cetak

Delegasi media China yang terdiri daripada Agensi Berita Xinhua, Radio Antarabangsa China (CRI), Akhbar Harian Petani dan Kumpulan Surat Khabar Zhejiang memulakan lawatan lima hari ke Vietnam semalam untuk bertukar-tukar pengalaman dengan media tempatan.

Ketua delegasi, iaitu Setiausaha Sekretariat Persatuan Wartawan China, Zhang Baixin telah memperkenalkan hasil Kongres Kebangsaan ke-19 Parti Komunis China baru-baru ini, serta konsep sosialis bercirikan China pada era baharu ini kepada media Vietnam.

Menurut beliau, lawatan ini bertujuan menggalakkan perjanjian yang dicapai antara kedua-dua pihak dilaksanakan dengan lebih berkesan, serta saling menimba pengalaman berkenaan.

Selain didedahkan kepada mod pengurusan media Vietnam, delegasi China juga berpeluang mengetahui kemajuan negara itu dalam membangunkan ekonomi dan sosiobudaya, dan menyampaikannya kepada rakyat China.

Naib Pengerusi Persatuan Wartawan Vietnam, Mai Duc Loc berharap kerjasama media dan persatuan wartawan kedua-dua negara ini boleh menggalakkan perkembangan hubungan parti, negara dan rakyat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China