Cari:
Filipina Umumkan Rancangan Pembinaan Semula Marawi
2017-11-24 13:42:43 CRI Cetak

Jurucakap Presiden Filipina, Harry Roque semalam mengumumkan rancangan kerajaan negara itu untuk membina semula bandar Marawi.

Roque turut menyatakan bahawa Presiden Rodrigo Duterte akan menyaksikan penyerahan 500 buah kediaman pertama selepas pembinaan semula siap pada pertengahan Disember nanti.

Kata beliau, tugas utama ialah membina semula prasarana dalam lingkungan kira-kira 200 hingga 250 hektar yang musnah dalam peperangan.

Selain itu, Sungai Agus Martowardojo pula akan dijadikan sebuah destinasi pelancongan yang penting.

Menurut Rogue, kerajaan akan membina kompleks perumahan bersepadu dengan 6,300 unit sementara bagi menempatkan keluarga yang kehilangan rumah dalam peperangan di kawasan kira-kira tiga kilometer dari medan utama pertempuran, selain memberikan bantuan modal kepada keluarga yang mempunyai tanah sendiri untuk membina semula rumah mereka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China