Cari:
Sidang Kemuncak Belia China-ASEAN ke-2 Dirasmikan
2017-11-25 15:33:21 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Belia China-ASEAN ke-2 yang bertemakan "Hadapi Pembaharuan, Maju Bersama-sama" telah dirasmikan di Pusat Interaksi Yingjie Universiti Peking semalam.

Duta Besar Filipina di China, Chito sta. Romana, Kaunselor Kedutaan Besar Filipina di China, Ivan Frank Olea, Naib Ketua Setiausaha Persatuan Belia China, Wu Wei dan Naib Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan, Kebudayan dan Pelancongan China-ASEAN, Sun Jianhua serta wakil belia dari China dan negara anggota ASEAN telah menghadiri majlis perasmian tersebut.

Sidang kemuncak berlangsung selama tiga hari ini dianjurkan oleh Persatuan Asia Tenggara Universiti Peking. Seramai 176 orang termasuk 87 orang wakil pelajar dari pelbagai negara ASEAN telah menyertai sidang tersebut. Mereka membincangkan topik-topik yang melibatkan wawasan 2030 kerjasama belia China-ASEAN, rancangan persekutuan lawatan kebajikan belia China-ASEAN, rancangan tindakan belia kerjasama Lancang-Mekong, persekutuan pendidikan internet Asia Tenggara, masalah kawalan pencemaran alam sekitar rentas sempadan serta pembinaan kemudahan sivil Laut China Selatan dan sistem pentadbiran perkhidmatan awam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China