Cari:
Gunung Agung Meletus, Lapangan Terbang Bali Ditutup
2017-11-28 12:53:56 CRI Cetak

Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG) Indonesia meningkatkan amaran gunung berapi Gunung Agung, Bali ke tahap tertinggi semalam.

Maklum Sutopo Purwo Nugroho, jurucakap Agensi Mitigasi Bencana Indonesia (BNPB), Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai ditutup untuk tempoh sehari bermula pagi semalam.

Terdapat 445 penerbangan keluar dan masuk telah dibatalkan, termasuk 196 penerbangan antarabangsa. Seramai 59 ribu penumpang dilaporkan terjejas.

Sejak Gunung Agung meletus pada 21 November lalu, 25 ribu penduduk di kawasan sekitar gunung itu telah diatur berpindah ke tempat yang selamat.

Konsul Jeneral China di Denpasar, Indonesia mengeluarkan amaran pelancongan kepada warga China supaya mengelakkan berkunjung ke Bali pada masa terdekat ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China