Cari:
China Mahu Rapatkan Kerjasama dengan Indonesia
2017-11-28 11:24:28 CRI Cetak

Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong menemui Wakil Presiden Indonesia, Muhammad Jusuf Kalla dalam rangka lawatan ke negara itu Isnin.

Liu berkata, hubungan antara China dengan Indonesia berkembang pesat beberapa tahun kebelakangan ini, terbukti dengan kekerapan rundingan antara presiden kedua-dua negara serta konsensus yang tercapai mengenai perkembangan hubungan dua hala.

China dan Indonesia negara membangun yang besar. Mengintensifkan perkongsian strategik selaras dengan kepentingan kedua-dua negara, dan bermanfaat bagi keamanan dan kemakmuran serantau. China sentiasa mengekalkan hubungan persahabatan dan kejiranan dengan Indonesia, dan melihat pembangunan sebagai pengukuh hubungan tersebut.

Tambah Liu, China sentiasa mementingkan hubungan dengan Indonesia dan komited untuk bersama-sama melaksanakan konsensus penting yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara. Ini termasuk menyelaraskan strategi pembangunan dan menjalinkan kerjsama saling menguntungkan di bawah rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), merapatkan komunikasi dan koordinasi dalam urusan multilateral, serta bersama-sama memelihara kepentingan negara masing-masing.

Muhammad Jusuf Kalla pula berkata, kongres kebangsaaan ke-19 Parti Komunis China (PKC) yang diadakan dengan jayanya tidak lama dahulu, bukan sahaja membawa makna penting bagi masa depan China, tetapi juga pembangunan Indonesia dan hubungan dua hala kelak.

Pihaknya merakamkan terima kasih atas kerjasama China dalam penyelidikan perlindungan panda. Kedua-dua pihak diharap dapat mempergiat kerjasama dalam bidang ekonomi dan perdagangan, pelaburan, pembinaan prasarana, pendidikan, sains dan teknologi, serta budaya dan pelancongan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China