Persidangan Antarabangsa mengenai Populasi dan Pembangunan ke-14 diadakan di Yogyakarta, Indonesia Selasa. Kira-kira 120 perwakilan dari 26 buah negara dan pertubuhan antarabangsa menghadiri sidang peringkat menteri selama dua hari ini.
Naib Perdana Menteri China, Liu Yandong dalam majlis perasminan menyatakan bahawa China selaku negara pengerusi Rakan Kongsi Populasi dan Pembangunan (PPD), mementingkan sidang ini. Kerjasama Selatan-Selatan antara kejayaan besar negara-negara membangun, yang menggalakkan perpaduan demi mengatasi cabaran.
Menteri Koordinator Pembangunan Manusia dan Kebudayaan Indonesia, Puan Maharani menyatakan bahawa sidang yang bertemakan "bandar lestari, pengaliran populasi dan emigrasi antarabangsa: perspektif dan tindakan Selatan-Selatan" ini selaras dengan trend pembangunan dunia semasa ini, selain konsisten dengan matlamat PPD, bahkan matlamat pembangunan mampan 2030 PBB.