Cari:
Kesejahteraan Rakyat, Tanggungjawab Parti Politik
2017-12-03 16:58:11 CRI Cetak

Menjamin kesejahteraan rakyat merupakan tanggangjawab suatu parti politik. Demikian dinyatakan oleh Ketua Persatuan Ekonomi Kebudayaan Thailand-China, Bhokin Bhalakula ketika menghadiri Dialog Peringkat Tinggi Parti Komunis China dengan Parti-parti lain di Dunia di Beijing semalam.

Menurut beliau, inisiatif yang dikemukakan oleh Presiden China, Xi Jinping mengenai pembinaan komuniti berkongsi nasib umat manusia akan membawa manfaat kepada semua orang sepanjang proses globalisasi.

Bhokin Bhalakul berpendapat Dialog kali ini amat bermakna, "pemimpin beberapa ratus parti dari lebih 100 buah negara telah menghadiri Dialog kali ini. Kami dapat saling belajar termasuk belajari pengalaman PKC yang berjaya. Dalam tempoh hampir 40 tahun (sejak pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka), China berkembang dari satu negara yang miskin menjadi satu negara yang mendahului negara membangun yang lain serta entiti ekonomi kedua terbesar di dunia. Ini bukti terbaik keupayaan PKC dalam mentadbir. Pihak kami boleh berdasarkan keadaan sendiri membelajari pengalaman PKC yang berguna dalam pentadbiran negara untuk mendorong pembangunan Thailand."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China