Cari:
Vietnam Harap Pelajari Pengalaman Pemerintahan PKC yang Bersih
2017-12-03 15:25:22 CRI Cetak

Phan Dinh Trac, Ketua Delegasi Parti Komunis Vietnam yang menghadiri Dialog Peringkat Tinggi Parti Komunis China (PKC) dengan Parti-parti Politik Dunia di Beijing semalam menyatakan bahawa Vietnam amat berharap agar mengambil tahu dan mempelajari pengalaman dan integriti PKC dalam bidang pemerintahan yang bersih.

Phan Dinh Trac bertugas sebagai Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam yang juga Naib Pengerusi Tetap Suruhanjaya Panduan Pencegahan Antirasuah Pusat. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam mesyuarat sesi topik khas yang bertemakan "Tingkatkan pembinaan parti politik: cabaran dan masa depan parti politik."

Phan berkata, yang diketahui umum bahawa dalam tempoh beberapa tahun lalu, atas pimpinan Jawatankuasa Pusat yang diketuai Xi Jinping, PKC telah mencapai kejayaan yang amat besar dalam bidang pembinaan Parti dan antirasuah. Parti Komunis Vietnam amat berharap agar menimba pengalaman PKC dalam bidang tersebut.

Phan Dinh Trac juga memperkenalkan hasil yang dicapai oleh Vietnam dalam bidang antirasuah pada beberapa tahun ini.

Beliau menganggap bahawa berlangsungnya dialog peringkat tinggi antara PKC dengan parti-parti politik dunia adalah mustahak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China