Sidang Kemuncak Global Pelancongan Bandar (GSUT) ke-6 anjuran Pertubuhan Pelancongan Dunia PBB (UNWTO) diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Persidangan itu disertai lebih 800 perwakilan UNWTO, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, serta badan pelancongan dan pengusaha dari pelbagai negara.
Dengan tema "Pelancongan Lestari dan Saingan dalam Proses Urbanisasi", GSUT ini memfokuskan pembangunan pelancongan bandar yang lebih konsisten dan berdaya saing.
GSUT yang bermula pada tahun 2012, telah membantu menggalakkan perkembangan sektor pelancongan secara mampan, menyempurnakan jaringan pertumbuhan sektor pelancongan dan meningkatkan keefisienan sektor berkenaan.