Cari:
Indonesia, China Teroka Kerjasama HSR
2017-12-06 14:16:51 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Delegasi syarikat perkilangan kereta api Indonesia seramai 48 orang mengunjungi pangkalan latihan tenaga insan teknologi kereta api berkelajuan tinggi (HSR) di China pada 5 Disember lalu.

Kunjungan itu bertujuan membolehkan delegasi Indonesia membelajari teknologi dan rantaian industri berkenaan bagi membuka pintu kepada kerjasama projek HSR.

Mardiannus Pramudya, ketua bahagian kewangan PT Industri Kereta Api Persero (PT INKA) Indonesia berkata, projek HSR Jakarta-Bandung usaha sama China dengan Indonesia berjalan lancar dan akan memberi kesan besar kepada Indonesia.

Pihaknya berharap dapat menjalinkan kerjasama dengan Kolej Teknikal Vokasional Kereta Api Liuzhou (LRVTC), wilayah Guangxi untuk melatih tenaga profesional.

Naib Presiden LRVTC, Qiu Tongbao berkata, pihaknya sedang berunding dengan sebuah institusi tinggi di Indonesia untuk membuka sebuah kolej teknologi HSR di negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China