Cari:
China, ASEAN Disaran Intensifkan Kerjasama Undang-undang
2017-12-06 14:19:24 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kerjasama dalam bidang undang-undang adalah komponen penting dalam usaha merealisasikan pembangunan bersama China dan ASEAN.

Demikian ujar Presiden Persatuan Undang-Undang China (CLS), Wang Lequan dalam ucapan pada Forum Undang-undang China-ASEAN di Nanning, wilayah Guangxi pagi tadi.

Kata Wang, situasi antarabangsa pada masa ini penuh pancaroba. China dan negara-negara ASEAN semakin banyak kepentingan bersama dan kian saling bergantung. Dalam konteks ini, pengamal undang-undang kedua-dua pihak menggalas misi berat.

Beliau mencadangkan kerjasama dalam bidang undang-undang diintensifkan dari segenap aspek bagi menyediakan suasana baik demi keamanan dan kemakmuran serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China