Cari:
Forum Undang-undang China-ASEAN Berakhir
2017-12-07 11:20:34 CRI Cetak

Forum Undang-undang China-ASEAN anjuran Persatuan Undang-undang China (CLS) berakhir di bandar Nanning, wilayah Guangxi petang semalam.

Hasil forum itu, satu konsensus dicapai untuk memperkasakan kerjasama dalam bidang undang-undang.

Dokumen berkenaan menyebut, merapatkan persahabatan dan kejiranan baik antara China dengan ASEAN selaras dengan kepentingan bersama dan juga tanggungjawab bersama.

Pengamal undang-undang kedua-dua pihak perlu mempergiat interaksi dan dialog serta meningkatkan persefahaman dan kesalingpercayaan, selaras dengan hasrat rakyat seluruh rantau.

Kerjasama dalam bidang undang-undang penting bagi penyelarasan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) China dengan strategi ekonomi negara-negara ASEAN.

Usaha akan dilakukan untuk menggalakkan pembaharuan tadbir urus berlandaskan konsep berunding bersama, membangun bersama dan berkongsi demi keamanan dan kemakmuran, serta perkembangan perkongsian strategik China-ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China