Cari:
Penanaman Popi di Myanmar Turun 25%
2017-12-07 14:27:00 CRI Cetak

Penanaman popi di Myanmar menurun kira-kira 25% kepada 41,000 hektar tahun ini daripada lebih 55,500 hektar pada 2015, menurut satu laporan bersama Jawatankuasa Pusat Kawalan Dadah Myanmar (CCDAC) dan Pejabat Dadah dan Jenayah PBB (UNODC).

Wakil wilayah UNODC, Jeremy Douglas menyatakan pihaknya akan terus membantu Myanmar keluar daripada kebergantungan pada candu dan mencari penjana lain bagi ekonomi.

Dalam pada itu, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Myanmar, Kyaw Tint Swe berjanji akan mengambil tindakan berkesan untuk menangani masalah dadah, serta bekerjasama dengan UNODC dan negara jiran dalam usaha tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China