Konsert Persahabatan China-ASEAN 2017 akan diadakan di Zhengzhou pada malam 8 Disember, anjuran bersama Radio Antarabangsa China (CRI) dan stesen radio Zhengzhou.
CRI akan membuat siaran langsung konsert tersebut melalui pelbagai wadah termasuk Facebook, Rangkaian Penyiaran Antarabangsa China (CIBN) dan ChinaTV dalam 9 jenis bahasa.
Rakaman video konsert itu juga bakal disiarkan oleh media kerjasama negara-negara ASEAN.
Konsert Persahabatan China-ASEAN yang ditaja oleh CRI sudah menjadi satu aktiviti ikonik untuk meningkatkan interaksi antara kedua-dua pihak.
Penganjuran konsert tahun ini di Zhengzhou akan membantu menyuburkan bunga persahabatan di kawasan pedalaman China, sekali gus membuka lembaran baharu hubungan China-ASEAN.
Penyanyi-penyanyi dari China dan ASEAN bakal tampil mendendangkan lagu-lagu terpilih, antaranya bintang Malaysia, Shila Amzah.