Cari:
Konsert Persahabatan China-ASEAN Dapat Sanjungan
2017-12-09 15:34:52 CRI Cetak

Konsert Persahabatan China-ASEAN 2017 yang diadakan dengan jayanya di Zhengzhou pada malam 8 Disember, mendapat sanjungan tinggi wakil media dan penyanyi dari negara-negara ASEAN.

Mereka beranggapan bahawa konsert tersebut menyediakan wadah yang amat baik untuk mempamerkan seni budaya dan merancakkan interaksi antara China dengan ASEAN, sekali gus memperkukuh persefahaman dan persahabatan antara kedua-dua pihak.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Star TV Laos, Sulaphet Keoviengkham menyarankan supaya media pelbagai negara meningkatkan sinergi serta memanfaatkan teknologi media baharu untuk mempromosi Konsert Persahabatan China-ASEAN.

Penyanyi terkenal Malaysia, Shila Amzah turut melahirkan rasa sukacita kerana dapat membuat persembahan sepentas penyanyi-penyanyi unggul serantau untuk bersama-sama menyemarakkan semangat persahabatan China-ASEAN.

Penyanyi dari Filipina, Christian Boutista pula menyatakan rasa bangga dapat menyertai konsert persahabatan kali ini.

Konsert Persahabatan China-ASEAN tahun ini adalah yang ketiga dianjurkan CRI bersama-sama media tempatan dan ASEAN, selepas di Beijing 2015 dan Haikou 2016.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China