Cari:
Pusat Kerjasama Inovasi CAS Ditubuhkan di Bangkok
2017-12-11 11:15:14 CRI Cetak

Majlis buka tirai Pusat Kerjasama Inovasi Bangkok, Akademi Sains China (CAS) telah diadakan di ibu negara Thailand, 8 Disember lalu.

Ini merupakan institusi serta wahana kerjasama inovasi pertama CAS di luar negara. Penubuhan pusat ini dijangka akan membantu menaiktarafkan kerjasama inovasi sains dan teknologi antara China dengan Thailand.

Wakil khas Perdana Menteri Thailand yang juga Menteri Sains dan Teknologi negara itu, Suvit Maesincee dalam majlis perasmian tersebut menyatakan bahawa keluarga diraja dan kerajaan Thailand mementingkan usaha sama dengan China dalam bidang berkenaan.

Antara kerjasama yang digalakkan termasuk dalam kajian mikrobiologi, pengangkutan rel, teknologi plasma, teknologi maklumat geografi dan interaksi tenaga teknikal.

Naib Presiden CAS, Zhang Jie pula menyatakan bahawa pusat tersebut dijangka akan menggalakkan syarikat China menceburkan diri dalam bidang inovasi di Asia Tenggara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China