Cari:
BNM Galak Penggunaan E-Bayar di Malaysia
2017-12-11 14:37:26 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Bank Negara Malaysia (BNM) melaksanakan dua dasar secara serentak untuk menggalakkan penggunaan e-bayar susulan perkembangan era ekonomi digital pada ketika ini.

Dua langkah tersebut merangkumi mengecualikan caj bagi transaksi secara langsung oleh individu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), selain meningkatkan caj perkhidmatan bagi penggunaan cek.

Gabenor BNM, Datuk Muhammad Ibrahim yang menyatakan demikian ketika menghadiri Forum Sistem Bayaran baru-baru ini, turut menyatakan bahawa seiring dengan teknologi pembayaran semakin canggih, kos operasi bank dapat dikurangkan.

Menurut beliau, kebanyakan rakyat Malaysia memiliki kad debit dan telefon pintar. Jumlah pemegang kad debit dan pengguna telefon pintar pada masa ini masing-masing mencecah 45.4 juta dan 42.8 juta. Saluran ini wajar dimanfaatkan bagi mengoptimumkan sektor e-bayar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China