Cari:
Laos, Myanmar Tarik Modal di Kunming
2017-12-11 14:46:36 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Laos dan Myanmar mengalu-alukan lebih banyak syarikat China menanam modal di negara mereka, selain memperluas kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang.

Kedua-dua negara baru-baru ini mengadakan sidang promosi pelaburan sempena Forum Usahawan China-ASEAN ke-2 di Kunming, yang turut menarik perhatian para pelabur China dan negara-negara ASEAN.

Khamphone Vongsanty, Konsul Besar Laos ke Kunming memaklumkan bahawa telekomunikasi merupakan fokus utama dalam pembangunan negara Laos. Negaranya berharap meningkatkan kesalinghubungan dengan China.

U Aung Ko Ko, ahli jawatankuasa ekonomi pusat Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) Myanmar berkata, syarikat China diharap dapat meningkatkan pelaburan dalam sektor sumber tenaga, pertanian, telekomunikasi, infrastruktur dan pelancongan di Myanmar, sekali gus mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi sokongan kepada pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta kawasan terpinggir.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China