Cari:
Taklimat Ekspo China-Asia Selatan Ke-5 Diadakan di Beijing
2017-12-13 12:07:14 CRI Cetak

Taklimat tentang Ekspo China-Asia Selatan ke-5 sempena Ekspo Perdagangan Produk Import dan Eksport Kunming China ke-25 diadakan di Beijing semalam, anjuran bersama Kementerian Perdagangan China dan kerajaan provinsi Yunnan.

Tema utama kedua-dua ekspo ini ialah "keterlibatan dalam Jalur dan Laluan (B&R) demi kerjasama menang-menang".

Naib Menteri Perdagangan China, Qian Keming menyatakan bahawa Koridor Ekonomi China-Pakistan dan Koridor Ekonomi China-India-Myanmar merupakan komponen penting pembinaan B&R, yang akan meningkatkan pembangunan ekonomi negara-negara terlibat serta membawa momentum baharu kepada kerjasama serantau di Asia Selatan.

Menteri Penasihat Kedutaan Besar Malaysia di China merangkap Pesuruhjaya Perdagangan, Puan Razida Hanim Abdul Razak pula menyatakan bahawa kedua-dua ekspo ini merupakan wahana penting yang membolehkan Malaysia mengintensifkan hubungan perdagangan dengan China, di samping meneroka hubungan ekonomi yang lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China