Cari:
PM Thailand Alu-alukan Hubungan Lebih Baik dengan EU
2017-12-13 14:07:26 CRI Cetak

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-ocha semalam mengalu-alukan keputusan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Parlimen Eropah (AFET) untuk membaiki hubungan antara Kesatuan Eropah (EU) dengan negaranya.

Menurut AFET, sekiranya Thailand mengadakan pilihan raya pada tahun depan seperti yang dijadualkan, EU akan beransur-ansur memulihkan pertukaran rasmi dengan negara itu.

Prayuth berkata, EU merupakan pasaran eksport utama bagi Thailand, maka kerjasama perdagangan dan pelaburan kedua-dua pihak diutamakan.

Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini, Thailand sentiasa berusaha membolehkan EU lebih memahami dasar pentadbiran dan strategi pembangunannya agar meningkatkan persefahaman kedua-dua pihak serta interaksi dan kerjasama dalam bidang perdagangan dan pelaburan.

Menurut beliau, pihaknya sedang menggalakkan pelaksanaan kerja-kerja yang ditetapkan dalam peta garis sebelum ini. Pilihan raya dijangka akan diadakan pada November 2018.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China