Cari:
China, ASEAN Galakkan Kerjasama Keselamatan Pengangkutan Feri
2017-12-13 16:20:52 CRI Cetak

Seminar Keselamatan Pengangkutan Feri sempena Forum Serantau ASEAN (ARF) telah diadakan di Guangzhou, China semalam.

Seramai lebih 100 wakil dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Kemboja, Thailand dan Vietnam serta Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO), Persatuan Pengangkutan Feri Antarabangsa dan Persatuan Keselamatan Pengangkutan Feri Dunia telah hadir.

Dalam seminar ini, wakil IMO bagi Urusan Asia Pasifik menyatakan bahawa China mempunyai kelebihan dari segi sumber dan pengalaman dalam pengawalseliaan pengangkutan feri. Maka, China diharap dapat memainkan peranan yang lebih penting dalam bidang berkenaan di rantau ini.

Melalui seminar kali ini, China akan mengongsikan mod tadbir urus keselamatan pengangkutan feri di samping terus mengeratkan kerjasama keselamatan pengangkutan air dengan ASEAN, demi menggalakkan pengangkutan feri berkembang secara hijau, selamat dan berterusan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China