Cari:
China Telecom Rancang Ceburi Pasaran Filipina
2017-12-14 12:22:10 Agensi Berita Xinhua China Cetak
China Telecom, salah satu syarikat telekomunikasi terbesar di China akan menceburi pasaran telekomunikasi Filipina untuk mendapatkan lesen operator ketiga di negara itu.

Demikian didedahkan oleh Martin Andanar, Setiausaha Pejabat Komunikasi Presiden Filipina baru-baru ini.

Andanar berkata, syarikat itu mempunyai 230 juta pengguna dengan pegangan 16.8% syer pasaran China.

Menurut perlembagaan Filipina, syarikat asing yang menanam modal dalam sektor kemudahan awam tidak boleh memegang saham melebihi 40%. Dalam pada itu, China Telecom akan menubuhkan syarikat usaha sama dengan syarikat Filipina untuk memudahkannya menembusi sektor telekomunikasi negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China