Cari:
Myanmar Laksanakan Undang-Undang Syarikat Baharu Tahun Depan
2017-12-14 14:36:42 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Myanmar akan mula melaksanakan Undang-undang Syarikat yang baharu pada 1 Ogos 2018.

Demikian dinyatakan oleh U Aung Naing Oo, Ketua Pengarah Jabatan Pentabiran Pelaburan dan Syarikat Myanmar dalam sidang media yang diadakan di Yangon pada 13 Disember lalu.

Rang Undang-undang itu telah diluluskan secara rasmi oleh Presiden Myanmar, U Htin Kyaw baru-baru ini.

Difahamkan, Undang-undang baharu itu mengemukakan kriteria tadbir urus dalam operasi dan kendalian syarikat, di samping memperkenalkan sebuah sistem pendaftaran dalam talian yang terbuka kepada umum.

Selain itu, pelabur asing diizinkan memegang saham syarikat Myanmar dalam perkadaran yang tertentu.

Undang-undang Syarikat yang dilaksanakan di Myanmar pada masa ini digubal pada tahun 1914 dan telah dipinda beberapa kali hingga sekarang.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China