Cari:
Parlimen Filipina Luluskan Pelanjutan Perintah Berkurung
2017-12-14 11:38:09 CRI Cetak

Senat dan Dewan Rakyat Filipina dalam mesyuarat bersama semalam telah meluluskan cadangan Presiden Rodrigo Duterte untuk melanjutkan perintah berkurung di selatan negara itu ke penghujung tahun depan dengan majoriti undi menyokong.

Pada 23 Mei lalu, tentera kerajaan bertempur dengan pemberontak kumpulan Maute di bandar Marawi. Pada hari yang sama, Presiden Duterte mengumumkan untuk melaksanakan perintah berkurung selama 60 hari di kawasan selatan termasuk pulau Mindanao.

Pada 22 Julai lalu, pertempuran di Marawi semakin meruncing sehingga memaksa Parlimen Filipina meluluskan pelanjutan perintah berkurung itu ke penghujung tahun ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China