Perdana Menteri Kemboja, Samdech Hun Sen menyatakan di Phnom Penh semalam bahawa negaranya mempunyai dana yang mencukupi untuk mengadakan pilihan raya pada tahun depan.
Kata beliau, keputusan pilihan raya itu tidak perlu diakui masyarakat antarabangsa, asalkan semua prosedur mengikut ketetapan Perlembagaan Kemboja.
Kesatuan Eropah (EU) kelmarin mengumumkan keputusan menghentikan bantuan kepada Kemboja untuk pilihan raya tahun depan susulan tindakan Mahkamah Tinggi membubarkan parti pembangkang, Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP).
Hun Sen menyatakan bahawa Kemboja adalah negara demokratik yang ditadbir di sisi undang-undang dengan sistem politik berbilang parti. Pembubaran CNRP tidak menjejaskan proses demokrasi Kemboja mahupun pilihan raya tahun depan.
Maklum beliau, pilihan raya Senat dijadualkan pada 25 Februari akan datang diikuti pilihan raya umum pada 29 Julai.