Cari:
LMC Masuk Fasa Perkembangan Pesat
2017-12-14 11:55:26 CRI Cetak

Kertas Biru Kerjasama Lancang Mekong (LMC) yang disusun bersama oleh Pusat Penyelidikan Diplomasi dan Pusat Penyelidikan Subkawasan Sungai Lancang-Mekong Universiti Yunnan China telah dikeluarkan di bandar Kunming semalam.

Dokumen itu merumuskan isu-isu yang menjadi tumpuan bersama dan momentum pembangunan di subkawasan berkenaan dalam tempoh 2016 hingga 2017, di samping mengemukakan cadangan mengenai hala tuju pembangunan pada masa depan.

Menurut kertas biru itu, mekanisme LMC yang dilaksanakan sejak Mac 2016, telah memasuki fasa pelaksanaan yang menyeluruh, manakala kerjasama pihak-pihak terlibat telah mencapai kemajuan ketara.

Hasil memberangsangkan dapat dilihat dalam tiga aspek yang menjadi tonggak utama komuniti, iaitu keselamatan politik, ekonomi dan pembangunan mampan serta sosiobudaya, bahkan lima bidang keutamaan iaitu kesalinghubungan, kapasiti industri, ekonomi rentas sempadan, sumber air, serta pertanian dan pembasmian kemiskinan.

Dokumen itu mencadangkan bahawa berdepan situasi baharu, usaha menggalakkan perkembangan LMC perlu selaras dengan pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) serta pembinaan komuniti berkongsi nasib serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China