Kapal hospital "Peace Ark" Angkatan Laut China yang menjalankan Misi Harmoni 2017 tiba di Dili, ibu negara Timor Leste semalam, untuk lawatan muhibah selama 8 hari, di samping menyediakan perkhidmatan perubatan kemanusiaan kepada rakyat tempatan.
Ini merupakan lawatan kedua kapal angkatan laut China ke Timor Leste.
Menteri Pertahanan dan Keselamatan Timor Leste, Somotxo dalam alu-aluannya menyatakan bahawa lawatan "Peace Ark" ini akan menggalakkan diplomasi dan kerjasama ketenteraan antara kedua-dua negara. Tentera China amat berpengalaman dalam usaha bantuan kemanusiaan dan menangani bencana alam. Kedua-dua negara diharap memperdalam kerjasama dalam hal ini.
Duta Besar China ke Timor-Leste, Liu Hongyang pula berkata, tujuan utama lawatan "Peace Ark" adalah untuk merancakkan dan memperluas kerjasama antara China dengan Timor-Leste.