Cari:
China, ASEAN Intensifkan Kerjasama Fiskal dan Pencukaian
2017-12-15 13:17:22 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kerjasama fiskal dan kutipan cukai dalam rangka inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) menjadi fokus para sarjana yang menghadiri Forum Kerjasama Fiskal dan Pencukaian China-ASEAN ke-4 di Nanning, wilayah Guangxi pada 14 Disember lalu.

Wang Li, Presiden Institut Pengajian Pencukaian Antarabangsa China (CITRI) dalam forum itu berkata, China dan negara-negara ASEAN patut meneliti dan mengkaji isu kutipan cukai antarabangsa dalam pembinaan B&R.

Beliau menyarankan China dan ASEAN membina platform kutipan cukai antarabangsa bagi memudahkan kerjasama dalam tadbir urus hal ehwal berkenaan.

Wang berkata, kedua-dua pihak juga perlu menggalakkan pelaksanaan Sistem Bayaran Pukal (Bulk Electronic Payment System; BEPS), selain menjalankan kerjasama dalam urusan percukaian antarabangsa, termasuk meningkatkan pertukaran maklumat dan mempercepat pemeteraian perjanjian cukai multilateral.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China