Cari:
Jumlah Pelancong China ke Filipina Cecah Sejuta
2017-12-15 13:18:52 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Jumlah pelancong China ke Filipina telah mencecah 910 ribu setakat 12 Disember lalu. Jumlah itu dijangka akan melebihi sejuta menjelang akhir 2107, iaitu meningkat sekali ganda berbanding tahun lalu.

China telah menjadi negara sumber pelancong kedua terbesar bagi Filipina, selepas Korea Selatan.

Menurut Setiausaha Pelancongan Filipina, Wanda Corazon Teo pada 13 Disember lalu, kementeriannya amat menanti-nantikan jumlah pelancong China mencapai 2 juta orang pada 2018.

Demi menyediakan layanan baik kepada pelancong China, laluan penerbangan antara China dengan Manila, Clark, Cebu, pulau Boracay, dan wilayah Palawan telah beroperasi secara rasmi.

Selain itu, Jabatan Imigresen Filipina juga akan menawarkan kursus bahasa Mandarin kepada kakitangan yang bertugas di pintu keluar masuk negara itu bermula pada tahun depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China