Menurut Jabatan Kawalan dan Pencegahan Penyakit, Kementerian Kesihatan Awam Thailand, pihaknya menetapkan sasaran untuk membasmi seluruhnya penyakit malaria menjelang 2021, selain mengurangkan jumlah kes denggi sekurang-kurangnya 25%.
Ketua pengarah jabatan itu berkata, jumlah kes malaria pada tahun ini berkurang hasil diagnosis dan rawatan yang makin efisien serta kempen mencegah pembiakan nyamuk.
Menurut anggaran Kementerian Kesihatan Awam Thailand, 14 ribu kes jangkitan malaria dilaporkan di seluruh negara sejak Januari lalu, iaitu 20% lebih rendah berbanding tahun lepas.