Cari:
Wang Yi Temu Menteri Luar Kemboja
2017-12-15 17:42:46 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi yang sedang menghadiri Sidang Menteri Luar ke-3 Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) di Dali, Yunnan telah ditemui Menteri Luar dan Kerjasama Antarabangsa Kemboja, Prak Sokhonn hari ini.

Wang Yi menyatakan bahawa pemimpin kedua-dua negara telah membina hubungan saling mempercayai yang kukuh dan ikatan persahabatan antara kedua-dua negara terus berkembang dengan penuh dinamik. China akan terus menyumbang kepada kedamaian, kestabilan dan kemakmuran Kemboja walau apa jua perubahan dalam situasi antarabangsa.

Sokhonn yang menyahut pandangan Wang Yi mengenai hubungan bilateral, menganggap pertukaran lawatan yang kerap diadakan pada tahun ini telah menggalakkan kesalingpercayaan dan kerjasama pragmatik antara kedua-dua pihak.

Ketika membicarakan perkembangan LMC, Wang Yi menyatakan bahawa China dan Kemboja selaku pengerusi kali ini telah memainkan peranan teladan dalam usaha menggalakkan perkembangan mekanisme subkawasan tersebut.

China bersedia meningkatkan koordinasi dan kerjasama dengan Kemboja serta pihak-pihak lain, agar kerjasama itu mencapai kemajuan baharu demi pembangunan ekonomi di lembangan Sungai Lancang-Mekong.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China