Demikian disahkan oleh Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia hari ini.
BNPB dalam satu kenyataan penerangan berkata, dua mangsa yang maut selepas tertimbus runtuhan bangunan rumah dalam gempa bumi itu disahkan masing-masing berasal dari wilayah Jawa Barat dan Jawa Tengah.
Beratus-ratus buah bangunan rumah di beberapa daerah di sekitar pusat gempa terjejas atau musnah.
Tujuh kali gegaran susulan dikesan di sekitar pusat gempa setakat pagi ini.
BNPB menggesa penduduk kawasan bencana terus meningkatkan kewaspadaan.