Cari:
Indonesia Optimistik terharap Kerjasama Pelancongan dengan China
2017-12-16 16:12:20 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Pembinaan 'Jalur&Laluan' (B&R) atas inisiatif China dan rancangan pembinaan "Lebuh Raya Maritim" yang dikemukakan oleh Indonesia dilihat saling menyokong, dan dipercayai bukan sahaja akan menarik penanaman modal asing dalam pembinaan infrastruktur pelancongan, malah juga mendatangkan peluang baharu bagi industri pelancongan Indonesia.

Dalam konteks ini, prospek kerjasama antara Indonesia dan China dalam sektor pelancongan boleh dikatakan amat cerah pada masa depan.

Menteri Pariwisata dan Ekonomi Kreatif Indonesia, Arief Yahya menyatakan demikian ketika diwawancara Agensi Berita Xinhua di Jakarta pada 15 Disember lalu.

Yahya berkata, kerajaan negaranya sedang giat menggalakkan projek pembinaan sepuluh buah kawasan peranginan "pulau Bali baharu". Syarikat China yang terlibat dalam pembinaan inisiatif 'B&R' diharap dapat memberi sokongan dan menanam modal dalam pelaksanaan projek tersebut.

Tambah beliau lagi, inisiatif 'B&R' dianggap sebagai peluang baik bagi menarik semakin ramai pelancong China mengunjungi Indonesia. Dalam pada itu, Kementeriannya giat menawarkan pelbagai jenis pakej pelancongan kepada pelancong China, misalnya melancarkan program pelancongan yang bertemakan "menjelajahi semula perjalanan Laksamana Cheng Ho".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China