Cari:
Wang Yi: LMC Masuki Fasa Perkembangan
2017-12-16 14:51:36 CRI Cetak

Selepas Sidang Menteri-Menteri Ke-3 Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) berakhir di Dali, Yunnan China, Menteri Luar China, Wang Yi menyatakan kepada wartawan bahawa mekanisme LMC yang dilaksanakan sejak Mac 2016, rangka kerjasama "3+5" LMC telah ditetapkan, iaitu tiga aspek yang menjadi tonggak utama komuniti, iaitu keselamatan politik, ekonomi dan pembangunan mampan serta sosiobudaya, bahkan lima bidang kerjasama keutamaan iaitu kesalinghubungan, kapasiti industri, ekonomi rentas sempadan, sumber air, serta pertanian dan pembasmian kemiskinan. Mekanisme LMC dari fasa permulaan telah memasuki fasa perkembangan.

Wang Yi telah merumuskan kemajuan mekanisme LMC dalam lima bidang seperti berikut: pertama, enam negara terlibat masing-masing menubuhkan sekretariat atau badan penyelarasan LMC yang menandakan mekanisme LMC telah dibentuk dengan menyeluruh. Kedua, Pusat Sumber Air, Pusat Kerjasama Alam Sekitar dan Pusat Penyelidikan Sungai Mekong Antarabangsa telah ditubuhkan dan beroperasi. Ketiga, 45 buah projek awal dan 13 anjuran yang dikemukakan China dalam Sidang Menteri-menteri Luar ke-2 LMC telah dijalankan menurut jadual di samping lebih seratus projek kerjasama berikutnya turut diteroka dan dilaksanakan. Keempat, Tabung LMC yang ditubuhkan China memutuskan untuk memberikan sokongan dana kepada 132 buah projek kerjasama. Dan kelima, sokongan kewangan juga diwujudkan dari semasa ke semasa antaranya termasuk wang pinjaman preferensi RMB yang dijanjikan China telah dilaksanakan hampir 2/3.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China