Menteri Luar China, Wang Yi dalam sidang media selepas Sidang Menteri-menteri Luar ke-3 Kerjasama Lancang-Mekong (LMC) berakhir di Dali, Yunnan semalam menyatakan bahawa sidang kali ini amat berhasil dan pelbagai pihak bersepakat meningkatkan kerjasama, terutamanya menggalakkan 'peningkatan dalam enam bidang' untuk membina Jalur Pembangunan Ekonomi Daerah Aliran Sungai Lancang-Mekong dan komuniti berkongsi nasib negara-negara sungai Lancang-Mekong.
Enam bidang tersebut termasuk, pertama, meningkatkan taraf mekanisme LMC, dan membincangkan untuk membina Sekretariat Antarabangsa LMC pada masa depan. Kedua, memperluas bidang kerjasama. Ketiga, menggaris pelan tindakan kerjasama lima tahun yang akan diserahkan kepada Sidang Pemimpin kedua untuk dibahas. Keempat, meningkatkan keupayaan yang melibatkan keupayaan penyelarasan dan pengawalseliaan, China bersedia menyediakan latihan berkenaan kepada negara lain. Kelima, meningkatkan kesedaran kerjasama dan keenam meningkatkan tahap keterbukaan dan kerjasama.